IMG-LOGO

Sujud Atas Turbah / Batu Karbala

Bila kita mempersoalkan Syiah tentang sujud atas batu seperti persoalan: “Sunnah siapakah yang diamalkan oleh mereka, apakah terdapat imam-imam mereka mengamalkan demikian”. Maka golongan Syiah mempersoalkan pula tentang sujud atas karpet. Kononnya Nabi s.a.w. tidak sujud atas karpet sebaliknya Baginda s.a.w. sujud atas tanah atau batu.

Di sini dikemukakan beberapa riwayat tentang pelapik sembahyang Nabi s.a.w. Pertama: عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ Daripada Maimunah r.a. katanya: “Nabi s.a.w. sembahyang di atas khumrah”. (Sahih al-Bukhari)

Kedua: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. sembahyang di atas khumrah”. (Sunan at-Tirmizi) Imam at-Tirmizi selepas mengemukakan hadith ini berkata: “Khumrah ialah tikar kecil”.

At-Thobari berkata: “: “Dia adalah tempat sembahyang yang kecil yang dibuat daripada pelepah tamar”. Dinamakan sedemikian kerana ia menutup wajah dan dua tapak tangan daripada kepanasan tanah dan kesejukannya. (Tuhfah al-Ahwazi)

IMG IMG

Ketiga: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَاءَتْ فَأْرَةٌ فَأَخَذَتْ تَجُرُّ الْفَتِيلَةَ فَجَاءَتْ بِهَا فَأَلْقَتْهَا بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْخُمْرَةِ الَّتِي كَانَ قَاعِدًا عَلَيْهَا فَأَحْرَقَتْ مِنْهَا مِثْلَ مَوْضِعِ الدِّرْهَمِ Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. katanya: “Tikus datang lalu membawa lari sumbu pelita. Lalu dia mencampakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w. atas khumrah yang Baginda duduk atasnya. Maka ia membakar sebesar seperti dirham”. (Sunan abi daud)

Ini menunjukkan lebih besar. Nabi s.a.w. duduk atasnya, sujud atasnya. Tapi tak pernah ditemui Baginda melapik batu atau tanah di tempat sujudnya. Al-Khattabi berkata: “Ia adalah sejadah yang mana orang yang sembahyang sujud di atasnya”.

Kelima: عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَأُصَلِّيَ لَكُمْ قَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدْ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ فَقَامَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ أَنَا وَالْيَتِيمُ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa neneknya Mulaikah mengajak Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang di buat olehnya lalu Baginda memakannya. Kemudian Baginda s.a.w. berkata: “Bangunlah untuk aku sembahyang mengimamkan kamu. Anas berkata: “Lalu aku bangun mengambil tikar kami yang telah hitam kerana lama digunakan. Aku renjiskannya dengan air lalu Rasulullah s.a.w. berdiri atasnya. Aku dan sorang anak yatim membuat saf di belakangnya dan perempuan tua di belakang kami. Rasulullah s.a.w. mengimamkan kami dua rakaat kemudian berpaling pergi”. (Sahih Muslim)

Jawapan Kepada Syiah Yang Menggunakan Turbah / Batu Karbala

Beberapa riwayat ini dah cukup untuk membuktikan bahawa Nabi s.a.w. sembahyang di atas seumpama sejadah atau hamparan yang lebih besar. bukan karpet kerana tiada hamparan seperti itu pada masa itu. Mungkin si Syi’ah akan berkata hamparan zaman Nabi s.a.w. adalah suatu yang berasal dari bahan semulajadi dan berkait dengan tanah seperti dari daun-daun kurma dan seumpamanya. Kerana itu mereka dakwa jika tiada batu atau tanah untuk diletakkan di dahi maka daun sebagai gantinya atau kertas. Saya pernah tengok seorang Iran yang kerja di Manjung bila sembahyang melapik tisu di dahi bila sujud. Saya juga pernah tengok di surau Banjaran Titiwangsa seorang melayu sembahyang tanpa sedekap dan tepuk paha bila menyudahkan sembahyang melapik dahinya dengan tikar sekecil buku tulis yang mungkin dibuat dari buluh. Sudah sembahyang dia gulung bulat lalu dimasukkan dalam poket.



Jawapannya ia berkait dengan semasa. Zaman tu tikar atau hamparan dibuat dari bahan itu maka atasnya lah sujudnya. Sekarang bahannya sudah bertukar. Tak perlu dijadikan isu. Jadi, jika Syiah ingin sujud di atas tanah sebagaimana Nabi s.a.w. sujud dulu maka sepatutnya Syiah buat masjid dengan dinding sahaja tapi lantainya dari tanah juga. Supaya mereka sembahyang atas tanah dan boleh sujud atasnya.

Sebagai penutup sekali lagi soalan SUNNAH IMAM-IMAM SYIAH YANG MANAKAH SUJUD DI ATAS TURBAH ATAU BATU TERUTAMANYA BAHKAN SEPATUTNYA DARI TANAH KARBALA. Ke tak ikut IMAM-IMAM bab ni.


Tujuh Anggota Sujud

IMG

ULAMA bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah dilakukan di atas tujuh anggota. Majoriti mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat yang wajib hanyalah dahi. (Al-Mughni, 2/67; Tuhfatul Muhtaj, 1/203 (cet. Dar Kutub Ilmiah) Sekiranya tertinggal mana-mana anggota, solat tidaklah batal. Namun, menurut Mazhab Syafie jika bahagian dahi tidak diletakkan sebetulnya di atas tempat sujud sehingga kira-kiranya berat kepala terletak di atas tempat sujud. Jika keadaan demikian tidak berlaku, wajib mengulangi sujud.

(Mughni al-Muhtaj1/235, Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibnu Hubayrah, 1/117, Al-Fiqh ala Mazahib al-Arba’ah, Abd. Rahman Al-Jaziri, 1/207)

Cara sujud yang betul (ilustrasikan dengan gambar yang telah disediakan) Kedua-dua tapak tangan Dahi Hidung Siku Kedua-dua belah lutut Hujung jari kaki Kewajipan untuk sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas ra yang sahih yang bermaksud: Aku diarahkan untuk sujud dia atas tujuh anggota sujud: Di atas dahi - dan Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.

(Bukhari & Muslim)

IMG

فَقَالَ « لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ يُصِيبُ أَنْفَهُ مِنَ الأَرْضِ مَا يُصِيبُ الْجَبِينَ »
“Beliau (Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam) bersabda :”Tidak ada solat bagi orang yang tidak menyentuhkan hidungnya kebumi sebagaimana dahinya menyentuh kebumi.

( Shahih HR. Daruquthni no.1335)