IMG-LOGO

Nikah Mut'ah: Al-Quran Mengharamkan Syiah Menghalalkan

Golongan Syiah sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran serta cuba untuk menyelewengkannya supaya bersesuaian dengan fahaman dan pegangan mereka. Di antaranya ialah penyelewengan sebahagian ayat suci al-Quran untuk membenarkan pendapat mereka berkenaan “perkahwinan mut’ah”. Contohnya adalah ayat 24 surah an-Nisa’.

Bagaimanapun sebelum membicarakan tentang apakah benar terdapat ayat al-Quran yang mengharuskan nikah mut’ah, terlebih dahulu marilah kita perincikan apakah yang dikatakan “nikah mut’ah” di sisi Syiah berdasarkan kitab-kitab mereka sendiri.

IMG IMG

Kedudukan nikah mut’ah di sisi Syiah.

Untuk membenarkan nikah mut’ah di sisi mereka maka mereka telah merekacipta sebegitu banyak riwayat kononnya daripada Rasulullah s.a.w. dan imam-imam ahlul bait. Antaranya:

قال الصادق عليه السلام: ليس منا من لم يؤمن بكرتنا، ويستحل متعتنا

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para Imam sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. 1

وقال الصادق عليه السلام:  إني لاكره للرجل أن يموت وقد بقيت عليه خلة من خلال رسول الله صلى الله عليه واله وسلم لم يأتها، فقلت له: فهل تمتع رسول الله صلى الله عليه واله وسلم قال: نعم

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu mati dalam keadaan masih ada lagi mana-mana sifat (perbuatan) Rasulullah s.a.w. yang masih belum dilakukannya. Maka aku (perawi) bertanya kepadanya: “Apakah Rasulullah s.a.w. melakukan mut’ah? Dia menjawab: “Ya!”. 2

وروى عبدالله بن سنان عن أبي عبدالله عليه السلام قال: إن الله تبارك وتعالى حرم على شيعتنا المسكر من كل شراب وعوضهم من ذلك المتعة

Abdullah bin Sinan telah meriwayatkan dari Jaafar As-Shadiq a.s. katanya: “Sesungguhnya Allah Tabaraka wataala telah mengharamkan bentuk minuman yang memabukkan ke atas Syi’ah kita dan menggantikannya dengan mut’ah.” 3

وقال أبوجعفر عليه السلام: إن النبي صلى الله عليه واله لما اسري به إلى السماء قال: لحقني جبرئيل عليه السلام فقال: يا محمد إن الله تبارك وتعالى يقول: إني قد غفرت للمتمتعين من امتك من النساء

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika telah diperjalankan ke langit Baginda berkata, “Jibril a.s. telah menemui aku lalu berkata, “Wahai Muhammad, Allah Tabaraka waa taala berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang telah melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan umatmu”. 4

IMG IMG

Nikah mut’ah berdasarkan kitab-kitab Syiah

Berdasarkan kitab-kitab panduan mereka kita dapati begitu banyak sekali riwayat yang dipalsukan atas nama imam-imam ahlul bait dan juga Rasulullah s.a.w. berkenaan nikah kontrak ini. Apa yang dikemukakan ini hanyalah sebahagian daripada nya:

الحسين بن محمد، عن أحمد بن إسحاق، عن سعدان بن مسلم، عن عبيدبن زرارة، عن أبيه، عن أبي عبدالله (ع قال: ذكرت له المتعة أهي من الاربع؟ فقال: تزوج منهن ألفا فإنهن مستأجرات

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) a.s. bahawa disebutkan kepadanya tentang mut'ah adakah ia termasuk daripada empat (isteri)? Beliau menjawab, “Kahwinilah daripada mereka seribu pun kerana mereka termasuk perempuan-perempuan yang disewakan”. 5

محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد بن عيسى، عن الحسين سعيد، ومحمد بن خالد البرقي، عن القاسم بن عروة، عن عبدالحميد، عن محمد بن مسلم، عن أبي جعفر (ع في المتعة قال: ليست من الاربع انها لاتطلق ولاترث وإنما هي مستأجرة

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Jaafar a.s. (Muhammad al-Baqir) berkenaan mut'ah, katanya, “ianya bukan termasuk daripada empat (isteri) kerana mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi, mereka hanyalah perempuan sewaan sahaja”. 6

عدة من اصحابنا، عن سهل بن زياد، ومحمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد جميعا، عن ابن عن جميل بن صالح، عن زرارة، عن أبي عبدالله (ع قال: لا تكون متعة إلا بأمرين أجل مسمى وأجر مسمى

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Zurarah daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) a.s. katanya, “Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang telah ditetapkan dan upah (bayaran) yang tertentu”. 7

عدة من أصحابنا، عن سهل بن زياد، عن أحمد بن محمد بن أبي نصر، وعبدالرحمن ابن أبي نجران، عن عاصم بن حميد، عن محمد بن مسلم قال: سألت أبا عبدالله (ع كم المهر - يعني في المتعة -؟ قال: ما تراضيا عليه إلى ماشاء من الاجل

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Muhammad bin Muslim katanya, “aku bertanya Aba Abdillah a.s., “Berapakah mahar (dia maksudkan pada mut'ah)?” Beliau menjawab, “Sekadar yang yang diredhai oleh keduanya sehingga tempoh yang ia kehendaki”. 8

محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد، عن الحسين بن سعيد، ومحمد بن خالد البرقي، عن القاسم بن محمد الجوهري، عن أبي سعيد، عن الاحول قال: قلت لابي عبدالله (ع: أدنى مايتزوج به المتعة؟ قال: كف من بر


Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ahwal katanya: “Aku bertanya Aba Abdillah a.s.: “Berapakah mahar yang paling rendah untuk perkahwinan mut'ah? Beliau a.s. menjawab: “Segenggam gandum”. 9

IMG IMG

محمد، عن أحمد بن محمد، عن محمد بن خالد، عن خلف بن حماد قال: أرسلت إلى أبي الحسن (ع: كم أدنى أجل المتعة هل يجوز أن يتمتع الرجل بشرط مرة واحدة؟ قال: نعم

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Khalaf bin Hammad katanya: “Aku menghantar orang kepada Abi al-Hasan a.s. untuk bertanya tentang tempoh paling singkat melakukan mut'ah, adakah harus seseorang melakukan mut'ah dengan syarat sekali (persetubuhan) sahaja?” Beliau menjawab, “Ya”. 10

علي بن إبراهيم، عن أبيه، عن ابن أبي عمير، عن عمربن اذينة، عن إسماعيل ابن الفضل الهاشمي قال: سألت أبا عبدالله (ع عن المتعة فقال: الق عبدالملك بن جريج فسله عنها فإن عنده منها علما فلقيته فأملى علي منها شيئا كثيرا في استحلالها فكان فيما روى لي ابن جريج قال: ليس فيها وقت ولا عددإنما هي بمنزلة الاماء يتزوج منهن كم شاء وصاحب الاربع نسوة يتزوج منهن ماشاء بغير ولي ولاشهود فإذا انقضى الاجل بانت منه بغير طلاق ويعطيها الشئ اليسير وعدتها حيضتان وإن كانت لاتحيض فخمسة وأربعون يوما فأتيت بالكتاب أبا عبدالله (ع فعرضت عليه فقال: صدق وأقربه. قال: ابن اذينة و كان زرارة بن أعين يقول هذا ويحلف أنه الحق إلا أنه كان يقول: إن كانت تحيض فحيضة وإن كانت لاتحيض فشهر ونصف

1 2 3