IMG-LOGO

Al-Quran: Antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah Dan Syiah

Perbezaan pegangan antara Ahlus Sunnah dan Syiah adalah begitu jauh sekali bagaikan langit dan bumi bahkan lebih lagi itu. Di antara pegangan yang sangat jauh perbezaan antara kedua firqah ini ialah kepercayaan terhadap al-Quran yang diturunkan oleh Allah ta’ala kepada Nabi s.a.w. dan diimani oleh umat Islam sejak sekian lama.

Untuk membuktikan perbezaan tersebut maka perlulah diteliti dan dikaji riwayat-riwayat dan pendapat-pendapat pendokong kedua-dua golongan ini di dalam kitab-kitab sandaran utama masing-masing.

IMG IMG

Pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah terhadap al-Quran

Ahlus Sunnah beri’tiqad bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. dan terdapat di tangan umat Islam dari dahulu hingga sekarang terpelihara daripada sebarang penyelewengan, tambahan, pengurangan dan sebagainya. Kepercayaan sedemikian menjadi satu pegangan yang begitu masyhur dan mutawatir serta dapat diketahui dengan mudah oleh semua kalangan umat Islam sehingga tidak perlu dikemukakan sebarang dalil untuk menguatkan pegangan ini. Al-Quran terpelihara daripada semua bentuk penyelewengan tersebut dengan pemeliharaan daripada Allah ta’ala sendiri sebagaimana janjinya di dalam al-Quran yang berbunyi:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya1.

Kerana itu tidak terdapat di dalam mana-mana kitab yang menjadi sandaran Ahlus Sunnah walaupun satu riwayat sahih yang menyalahi pegangan tersebut bahkan ulama-ulama besar Ahlus Sunnah dengan jelas mengatakan sesiapa yang mengatakan bahawa terdapat sebarang penyelewengan atau tokok tambah di dalam al-Quran maka ia terkeluar dari Islam.

Di antara ulama Ahlus Sunnah yang jelas mengatakan demikian adalah:

Qadhi ‘Iyadh:

وقد أجمع المسلمون أن القرآن المتلو في جميع أقطار الأرض المكتوب في المصحف بأيدى المسلمين مما جمعه الدفتان من أول (الحمد لله رب العالمين - إلى آخر - قل أعوذ برب الناس) أنه كلام الله ووحيه المنزل على نبيه محمد صلى الله عليه وسلم وأن جميع ما فيه حق وأن من نقص منه حرفا قاصدا لذلك أو بدله بحرف آخر مكانه أو زاد فيه حرفا مما لم يشتمل عليه المصحف الذى وقع الإجماع عليه وأجمع على أنه ليس من القرآن عامدا لكل هذا أنه كافر ولهذا رأى مالك قتل من سب عائشة رضى الله عنها بالفرية لأنه خالف القرآن ومن خالف القرآن قتل أي لأنه كذب بما فيه، وقال ابن القاسم من قال إن الله تعالى لم يكلم موسى تكليما يقتل

Orang-orang Islam sepakat bahawa al-Quran yang dibaca di seluruh pelusuk bumi, ditulis di dalam mushaf yang berada di tangan umat Islam yang dihimpunkan oleh dua helaian bermula daripada الحمد لله رب العالمين sehingga قل أعوذ برب الناس adalah kalam Allah dan wahyunya yang diturunkan kepada nabinya Muhammad s.a.w. dan segala yang terkandung di dalamnya adalah benar. Sesiapa yang mengurangkan daripadanya walaupun satu huruf atau menukarkan satu huruf dengan menggantikan satu huruf yang lain ditempatnya atau menambahkan satu huruf yang tidak terdapat di dalam mushaf yang telah disepakati bahawa ia bukan daripada al-Quran dan ia melakukan perkara-perkara tersebut dengan sengaja maka ia dihukumkan sebagai seorang yang kafir. Kerana itulah Imam Malik berpendapat bahawa orang yang mencaci ‘Aaisyah r.a. melakukan kecurangan hendaklah dibunuh kerana ia telah menyalahi al-Quran dan sesiapa yang menyalahi al-Quran bermakna ia telah mendustakan apa yang terkandung di dalamnya. Ibnu al-Qasim berkata: “Sesiapa yang mengatakan Allah ta’ala tidak bercakap dengan Nabi Musa 2 hendaklah dibunuh” 3.

Ibnu Qudamah al-Maqdisi:

ولا خلاف بين المسلمين في أن من جحد من القرآن سورة أو آية أو كلمة أو حرفا متفقا عليه أنه كافر

Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran4.

Ibnu Hazam:

القول بأن بين اللوحين تبديلا كفر صحيح وتكذيب لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran4.

IMG IMG

Qadhi Abu Ya’la:

والقرآن ما غير ولا بدل ولا نقص منه ولا زيد فيه خلافاً للرافضة القائلين أن القرآن قد غير وبدل وخولف بين نظمه وترتيبه. إن القرآن جمع بمحضر من الصحابة رضي الله عنهم وأجمعوا عليه ولم ينكر منكر ولا رد أحد من الصحابة ذلك ولا طعن فيه ولو كان مغيراً مبدلاً لوجب أن ينقل عن أحد من الصحابة أنه طعن فيه ، لأن مثل هذا لايجوز أن ينكتم في مستقر العادة . ولانه لو كان مغيراً ومبدلاً لوجب على علي رضي الله عنه أن يبينه ويصلحه ويبين للناس بياناً عاماً أنه أصلح ما كان مغيراً فلما لم يفعل ذلك بل كان يقرأه ويستعمله دل على أنه غير مبدل ولا مغير

Al-Quran tidak diubah, tidak ditukar ganti, tidak berlaku pengurangan daripadanya dan tidak berlaku penambahan di dalamnya berlainan dengan golongan Rafidhah (Syi’ah) yang mengatakan bahawa al-Quran telah diubah, ditukar ganti dan disusun berlainan dengan susunan dan tertibnya yang asal. Sesungguhnya al-Quran telah dihimpunkan di hadapan sahabat-sahabat r.a. dan mereka sepakat di atas pengumpulan tersebut serta tiada seorangpun dari kalangan sahabat yang mengingkari dan menolak persepakatan tersebut. Kalaulah berlaku sebarang pengubahan dan tokok tambah (di dalam pengumpulan al-Quran) pasti akan terdapat nukilan daripada mana-mana sahabat bahawa ia menolak pengumpulan tersebut kerana perbuatan sedemikian tidak harus didiamkan. Dan berlaku sebarang pengubahan dan tokok tambah maka wajiblah ke atas Ali r.a. untuk menjelaskan dan memperbaikinya serta menerangkan secara umum kepada orang ramai bahawa ia telah memperbaiki mana-mana yang telah diubah. Bilamana dia tidak melakukan demikian bahkan ia membaca serta mengamalkannya maka ia menunjukkan bahawa tiada sebarang pengubahan dan tokok tambah (pada al-Quran). 6

1 2 3