IMG-LOGO

Syiah Menyembah & Mengagungkan 12 Imam, Ali & Hussein Melebihi Menggagungkan Allah. Membesarkan Makhluk Bukan Pencipta.

Ajaran syiah beriman dengan kesemua 12 imam Syiah dan mencintai Ahlul Bait (ahli keluarga Nabi Muhammad SAW minus Saidatina Aisyah). Cinta Ahlul Bait di sisi Syiah jauh berbeza di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika tidak mencintai 12 imam, maka tak sah segala amal ibadat seseorang Syiah. Syahadah Syiah dan Azan Syiah juga jauh berbeza daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka (Syiah) menambah kalimah beriman kepada Saidina Ali r.a. (sahabat Nabi Muhammad SAW) dan kesemua 12 imam Syiah. (bunyinya amat pelik dan menakutkan)

Orang Syiah memandikan mayat secara berdiri. Kain kafan mereka tertulis nama-nama 12 imam Syiah. Syiah mengimani bahawa bukan Malaikat Munkar dan Nakir yang menanyakan soalan di dalam kubur. Bahkan 12 imam Syiah itulah yang menanyakan soalan kepada mereka yang sudah mati. Para penganut Syiah juga menyeru nama imam Syiah contohnya Saidina Hussain ra. (cucu Nabi Muhammad SAW) ketika sakit, atau untuk mendapat pertolongan, atau untuk keberuntungan dunia. Mereka tidak menyeru, memohon kepada Allah. Ini merupakan satu perbuatan syirik yang nyata!

Syiah menyamakan zat atau sifat Allah ta’ala dengan zat atau sifat makhluk selainNya seperti menyamakan imam, syeikh atau ketua pergerakan seperti Allah, menganggap mereka adalah Allah atau jelmaan Allah atau bersatu dengan Allah ta’ala. Selain Allah ta’ala, mereka juga dianggap sama martabatnya dengan para nabi dan rasul. Menyamakan zat dan sifat Allah dengan manusia sebenarnya mahu mengembalikan manusia kepada agama menyembah patung, berhala dan menyembah manusia itu sendiri. Sementara itu menyamakan ketua atau imam dengan nabi atau rasul pula mahu membatalkan akidah dan pegangan umat Islam.

Puak Syiah menamakan seseorang dengan nama Abdul Hussain (hamba kepada Hussain. Walhal kita ni hamba Allah), Ghulam Hussain dan sebagainya. Imam 12 lagi mulia daripada Malaikat dan Nabi. Puak Syiah meminta syafaat daripada imam 12 dan bukannya kepada Nabi Muhammad SAW. Yang lagi dahsyat & jelek, ajaran syiah itu adalah keyakinan bahawa kencing dan tahi imam adalah suci,dan memiliki fadhilah iaitu sesiapa yang meminumnya maka akan masuk syurga!!! buktinya: Kitab anwarul wilayah :“makan kencing dan tahi para imam memasukkan ke syurga dan menyelamatkan dari api neraka” Kitab al-kafi-kulaini:“Kentut para imam seperti minyak"

IMG IMG

Kelompok Syiah

Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.


Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka. Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.

ALLAH SWT berfirman tentang sahabat Nabi, “Orang-orang terdahulu yang pertama-tama (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH, dan ALLAH menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 100)



Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu cela sahabatku. Walaupun seorang kamu menginfaqkan emas sebesar Uhud pun, tidak akan dapat menandingi sedekah sahabatku sebesar mud dan tidak juga separuhnya.” (Bukhari & Muslim)

IMG